TERNATIONAL RESEARCH COLLABORATION PROGRAM: UiTM CAWANGAN MELAKA, EDITH COWAN & CURTIN UNIVERSITY

PERTH, 25 November 2019 - UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Edith Cowan dan Curtin University telah menganjurkan satu program: International Research Collaboration bermula pada 21 Nov 2019 sehingga 25 Nov 2019. Program ini telah disertai oleh YBhg Rektor, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri bersama 8 orang pensyarah dari pelbagai fakulti termasuklah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Akademi Islam Kontemporari.

Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan peluang bagi pensyarah untuk terlibat secara langsung bersama rakan kolaborasi di dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan geran. Antara pengisian utama program adalah seperti berikut:

1. Sesi lawatan & perbincangan bersama pihak International Office Edith Cowan University yang diketuai oleh Mr. Krishna, Director of International Office ECU; Delegasi dibawa ke Senate Meeting Room, Library, Digital Hub, SMART Lab dan Moot Court. Manakala, sesi perbincangan penyelidikan pula diketuai oleh Assoc. Professor Dr. Simone Scagnelli.

2. Sesi lawatan & perbincangan bersama Curtin University yang diketuai oleh Professor Robert Evans, Acting Deputy Vice Chancellor International dan Associate Professor Peter Dell, Deputy Head School of Management. Delegasi juga berpeluang untuk melawat dan merasai pengalaman di ‘Trading Room’ dan ‘Social Media Command Centre’.

3. Business Flashlight: Delegasi turut berpeluang menghadiri seminar yang dianjurkan di Duxton Hotel yang bertajuk: Is There A Right To Trust? Lesson Learned from the Banking Royal Comission and Business Work for Community. Seminar telah disampaikan oleh Professor Robert Powell, Professor of Finance, ECU & Fiona Guthrie, CEO, Financial Counselling Australia. Selain itu, Professor Abdul Halim turut dijemput bagi menghadiri Jamuan Makan Malam bersama 11 orang daripada Majlis Pengurusan Tertinggi ECU yang turut dihadiri oleh Vice Chancellor, Professor Steve Chapman.