ALOR GAJAH, 12 Disember 2019 - Telah berlangsung

ALOR GAJAH, 12 Disember 2019 - Telah berlangsung Majlis Pecah Tanah 'Baitul Awqaf' UiTM Cawangan Melaka anjuran Unit Keusahawanan, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan Unit Wakaf, Zakat dan Sedekah UiTm Cawangan Melaka.

Upacara Pecah Tanah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM. Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Melaka YBhg Profesor Dr. Abd Halim Mohd Noor.