Peperiksaan Akhir sesi September 2019 bermula pada hari ini - 30 Disember 2019 dan berakhir 20 Januari 2020. YBhg. Rektor Prof Dr Abdul Halim Mohd Noor membuat tinjauan perjalanan peperiksaan akhir di UiTM Kampus Alor Gajah diiringi Timbalan Rektor HEA, Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin.

Semoga semua pelajar diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan akhir ini.