MELAKA , 1 Mac 2020- Telah berlangsung Majlis Perasmian/Penutup Kursus Pengurusan Organisasi(KPO) anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bertempat di Hotel Sentral Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Prof. Madya Dr. Asmah Awal, Dekan Fakulti Peladangan dan Agroteknologi.

Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 29hb. Februari hingga 1hb.Mac 2020. Ia dihadiri oleh 117 orang peserta terdiri dari ketua unit Hal Ehwal Pelajar, penasihat persatuan/kelab/fakulti, presiden, sekretariat dan wakil persatuan/kelab/fakulti. Dalam ucapan YBhg. Dato’ ,beliau mengalakkan pelajar menyertai program untuk menambahkan skil kemahiran yang sedia ada selain dari akademik.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Asmah Awal ceramah bertajuk “Integriti Akademik Melahirkan Genarasi Pemimpin Di Era Industri 4.0” beliau memohon semua pelajar memiliki sikap yang positif dan berintegriti demi menghadapi cabaran revolusi industri 4.0. Menurut beliau lagi berlakunya revolusi industri 4.0 bukanlah perkara baharu pada masa sekarang. Hal ini kerana, industri 4.0 adalah anjakan daripada revolusi industri sebelumnya.

Oleh itu wajarlah golongan mahasiswa perlu bersiap sedia untuk menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran terutamanya dalam dunia pekerjaan.