1. Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di Universiti Teknologi MARA.
  2. Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmu dan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
    Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar.
  3. Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi MARA.
    Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segala ilmu.
    Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
  4. Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu.
  5. Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untuk menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.
  6. Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untuk memajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia.
  7. Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah universiti bersifat global, unggul dan berdaya saing.

  1. Biru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai peringkat pengajian.
  2. Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global.
  3. Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalam mencemerlangkan kualiti pendidikan negara.
  4. Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar.

Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmu kekal berpanjangan.


 

Lagu Universiti

UiTM DI HATIKU

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya

Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki

Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA

Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya...demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti

Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...Usaha Taqwa Mulia




 

WAWASAN SETIA WARGA UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita...
Jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa

Kita...
Jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada

Kita...
Berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara

Kita...
Rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dariNya

Kamilah
Pendokong, pewaris bangsa
Kamilah
Pendaulat, bangsa Malaysia

Kamilah
Warga berwawasan
Untuk negaraku