Perkhidmatan yang ditawarkan di Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan HEP

Pinjaman PTPTN

Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UiTM. Antara perkhidmatan berkaitan PTPTN yang disediakan di Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan adalah:

1.    Permohonan PTPTN (online)
2.    Penangguhan PTPTN
3.    Perlanjutan PTPTN
4.    Kenaikan kadar PTPTN
5.    Pembayaran balik PTPTN

Sila layari  laman web PTPTN untuk maklumat lanjut.

Biasiswa - Biasiswa Dan Pinjaman Kerajaan Negeri

Tawaran biasiswa untuk pelajar kebiasaanya akan diiklankan melalui Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan. Tawaran biasanya akan dibuka pada pengambilan Julai bagi setiap tahun. Iklan akan dibuka dan diiklankan melalui hebahan media massa atau media cetak pada setiap masa.

Antara organisasi yang menawarkan biasiswa kepada pelajar UiTM adalah:

1.    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2.    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
3.    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
4.    MAYBANK
5.    Sime Darby
6.    Pinjaman Kerajaan Negeri (Yayasan Negeri dan Pusat Zakat Negeri)
7.    Yayasan Tunku Abdul Rahman
8.    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

Tabung Kebajikan Pelajar

Tabung ini bersifat pinjaman / bantuan.

Bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar seperti berikut :

1.    Pelajar tiada apa-apa pinjaman atau bantuan kewangan dari organisasi luar.
2.    Pendapatan keluarga adalah RM1,000.00 dan ke bawah.
3.    Bukan pelajar yang baru mendaftar dengan universiti.
4.    Tiada kesalahan tatatertib sepanjang pengajian di universiti.

Pinjaman akan diberi kepada :

1.    Pelajar yang mempunyai pinjaman atau bantuan kewangan  dari organisasi luar
2.    Bukan pelajar yang baru mendaftar dengan universiti
3.    Tiada kesalahan tatatertib sepanjang pengajian di universiti

Pinjaman / bantuan maksimum adalah RM500.00

Pengurangan / Pengecualian Yuran Pengajian

1.    Pelajar mestilah berada di semester kedua dan ke atas dengan CGPA tidak kurang 2.35.
2.    Pelajar tidak mendapat pinjaman / biasiswa daripada mana-mana badan tajaan luar.
3.    Memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Permohonan hendaklah dibuat melalui Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan. Pelajar juga boleh memuat turun borang yang telah disediakan di portal Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan.

Tabung Kecemasan Pelajar

Semua pelajar yang telah mendaftar di UiTM dilindungi oleh skim perlindungan iaitu Tabung Kecemasan Pelajar. Skim ini merangkumi pelajar yang meninggal dunia, mendapat kecederaan akibat kemalangan atau sakit.

Jumlah pampasan adalah mengikut peratus yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tabung Kecemasan bagi kes kemalangan. Jumlah maksima yang akan dibayar adalah RM7,000.00 bagi pelajar yang meninggal dunia. Perlu diingatkan juga bahawa pampasan yang diberikan tidak hanya melibatkan kecederaan dalam kampus atau semasa menjalani latihan praktikal tetapi juga di luar kampus dan ini termasuklah semasa pelajar berada di kampung.

Pelajar dinasihatkan supaya segera mengemukakan tuntutan selepas mendapat rawatan atau sesudah keluar dari hospital bagi membolehkan tuntutan permohonan diproses dengan segera. Tabung ini ditubuhkan bagi membantu pelajar yang mengalami musibah seperti berikut :

1.    Kematian (bayaran akan dibuat kepada waris pelajar dalam bentuk cek.
2.    Kemalangan (pelajar perlu mengambil borang tuntutan di Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan atau memuat turun dari laman web Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan)

Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menyediakan kemudahan elaun bulanan sebanyak RM300.00 untuk diberikan kepada semua pelajar OKU yang berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kepada mana-mana pelajar OKU yang berdaftar dengan UiTM, mereka boleh berurusan dengan Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan dengan mengisi borang pendaftaran pelajar OKU. Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun dari laman web Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan.

Jika terdapat sebarang permasalahan, sila hubungi Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di talian dan alamat seperti berikut :

Unit Biasiswa dan Bantuan Kewangan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 3, Bangunan Budisiswa,
Universiti Teknologi Mara,
40450 Shah Alam,
Selangor.
No. Tel: 03-5544 3545 / 3538 / 3542
No. Faks: 03-5544 3517