Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

Pengenalan Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

Pada awal penubuhan UiTM, program pasca siswazah ditawarkan melalui kerjasama dengan beberapa institusi luar negara seperti:

  • Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Ohio University - ITM)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Cardiff - ITM)
  • Sarjana Pendidikan Seni (De Montfort University - ITM)
  • Sarjana Perakaunan (Curtin University - ITM)
  • Sarjana Komunikasi Massa (Ohio University - ITM)
  • Sarjana Sains Sukan (University of New South Wales - ITM)
Sejak Akta ITM 1966 dipinda, universiti ini telah dibenarkan untuk menubuhkan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), dan ia mula beroperasi pada bulan April 1997. Walaupun agak baru, IPSis masih boleh berbangga dengan sikap progresif, dinamik dan inovatif warga kerjanya dalam mencapai objektif membuka peluang pengajian peringkat sarjana dan doktor  falsafah kepada anak-anak Bumiputera.

 

Secara tidak langsung institut ini menyumbang ke arah kecemerlangan akademik serta menjadi tulang belakang kepada perkembangan pengajian pasca siswazah. Dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajian pasca siswazah, IPSis memikul tanggungjawab untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu tinggi dan berfikiran sarjana dengan menyediakan peluang pengajian demi kesejahteraan sejagat.

 

Oleh itu, IPSis bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelaras dan mengurus perihal pentadbiran, serta memberi bantuan dan sokongan kepada para pelajar dalam penyelidkan dan pembelajaran mereka.

Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
INTEKMA Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 603-5522 5331 Fax: 603-5522 5335

Laman Web Rasmi: http://ipsis.uitm.edu.my