UiTM Kampus Jasin mula dibina selepas majlis pecah tanahnya disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Februari 2011. Pembinaan kampus ketiga akan menjadikan ketiga-tiga daerah di Melaka memiliki Kampus UiTM. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandar Raya, Daerah Alor Gajah memiliki Kampus Lendu, manakala Daerah Jasin dibina di atas tapak seluas 218 ekar di Felcra Seri Mendapat.

Tawaran kursus berasaskan Sains dan Teknologi di Kampus Jasin akan melengkapkan gabungan kursus yang bukan berasaskan Sains dan Teknologi di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya.

Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Pintu masuk ke Kampus Jasin ini bagi mereka yang memandu menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ialah melalui pintu masuk Merlimau Jasin dengan melalui Plaza Tol Lipat Kajang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Melaka.

2 Fakulti yang dijalankan di Kampus Jasin iaitu:-

  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Pengajian dijalankan secara sepenuh masa iaitu:-

5 Program Ijazah Sarjana Muda (Fakulti Sains Komputer & Matematik)

  • CS225/CS245  - Sarjana Muda Sains Komunikasi Data dan Perangkaian (Kepujian)
  • CS226/CS 246 - Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Sistem Maklumat (Kepujian)
  • CS230             - Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
  • CS231/CS251  - Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Netsentrik ( Kepujian)
  • CS233/CS253  - Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Multimedia ( Kepujian)

4 Program Ijazah Sarjana Muda (Fakulti Perladangan & Agroteknologi)

  • AT220 - Sarjana Muda Sains Teknologi Dan Pengurusan Perladangan ( Kepujian)
  • AT222- Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Agronomi
  • AT223- Sarjana Muda Sains Perniagaantani (Kepujian)
  • AT226- Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Bioteknologi Tumbuhan

2 Program Diploma

  • CS110 - Diploma Sains Komputer
  • AT110 - Diploma Pengurusan Ladang