LATARBELAKANG

Unit Kesihatan UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah mula beroperasi pada 20 Oktober 2008. Ia terletak di aras 1 Kolej Kediaman Siswa Tun Mamat, Jalan Tun Mamat, Melaka. Pada peringkat awalnya Unit Kesihatan ini dikendalikan seramai 3 orang staf, iaitu 1 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Terlatih.

Dengan tertubuhnya Unit Kesihatan para pelajar Ijazah pada waktu itu seramai 3637 orang dapat menikmati kemudahan perkhidmatan kesihatan yang disediakan. Pada 20 Oktober 2009 Unit Kesihatan telah mendapat penambahan jawatan iaitu seorang Atendan Kesihatan dan pada 25 Mac 2010 seorang berjawatan Pembantu Am Rendah telah ditumpangkan di Unit Kesihatan. Dengan penambahan ini Unit Kesihatan dapat menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan lagi. Jawatan Pembantu Am Rendah telah ditamatkan perkhidmatan di Unit Kesihatan pada 1 Februari 2011.

Terdapat penambahan perjawatan pada 15 Mac 2011 iaitu seorang Pegawai Perubatan dan pada 1 April 2011 seorang Jururawat Terlatih. Penolong Pegawai Perubatan telah bersara pada September 2014 dan 16 April 2014 seorang Penolong Pegawai Perubatan baru telah mendaftar diri.


VISI

Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar visi dan misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

MISI

Melahirkan masyarakat universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF

  1. 90% Pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan Melaka mendapat Konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  2. 95% Pesakit berpuashati dengan perkhidmatan perubatan yang diberikan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:

  1. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional.
  2. Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab.
  3. Persekitaran klinik yang bersih, selamat dan kondusif.
  4. Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan.