1. Pengesahan kelayakan membuat tuntutan
    Pelajar yang mengalami kecederaan atau kematian akan disahkan statusnya. Tahap kecederaan akan ditentukan berdasarkan pengesahan perubatan oleh pegawai perubatan yang merawat
  2. Penetapan Kadar Bantuan
    Penetapan kadar bantuan mengikut kepada Jadual Tabung Kecemasan Pelajar yang terkini yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan
  3. Meluluskan Bantuan Tabung Kecemasan Pelajar
    Kelulusan diberikan oleh jawatankuasa melalui edaran yang dibuat, mengikut kadar yang telah dicadangkan oleh Pusat/Unit Kesihatan
  4. Menguruskan Pembayaran Kepada Pelajar/Waris
    Pembayaran akan dibuat oleh Bahagian Kewangan kepada pelajar/waris mengikut kepada kelayakkan yang telah diluluskan. Jumlah maksima bantuan adalah RM 7,000.00 untuk setahun walaupun ada tuntutan pelbagai dan tuntutan minima adalah sebanyak RM 50.00