UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 06 Oktober 2018 - Majlis Perasmian Program "Apa Kata Anak Malaysia 2018" anjuran Jabatan Penerangan Negeri Melaka dengan kerjasama UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sedang berlangsung di Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Majlis Perasmian didahului dengan Ucapan Alu-Aluan oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Shahnon B. Mohamad, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

Program kemudian diteruskan dengan sesi Forum "Apa Kata Anak Malaysia" bersama Saudara Kalvin A/L Ibrahim dari UiTM Cawangan Melaka, Saudara Rajamunirant A/L Kandasamy dari UTeM, Saudaru Voon Jia Yi dari MMU dan Saudari Dayang Nur Maisarah Bt Abg Abd. Razak dari KUIM.

Lebih 1000 mahasiswa/i hadir dalam majlis ini yang merupakan sesi terakhir Program Apa Kata Anak Malaysia 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.