UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 4 Julai 2019 - Telah berlangsung program Pameran Tunas Ilham ke 23 NOVELTY bertempat di Aras 3 Emperial Heritage Hotel, Melaka Bandaraya Bersejarah. Pameran tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Melaka Prof. Madya Dr Ismadi MD Badarudin. Turut menghadiri adalah Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Prof. Madya Dr Azahar Harun bersama Koordinator Puan Siti Sarah Adam Wan.

Pameran seni yang berlangsung selama sehari ini adalah merupakan pameran projek pelajar Diploma semester 5 tahun akhir yang melibatkan 2 kumpulan pelajar bagi program Seni Reka Grafik (AD 111) dan Seni Fotografi (AD117). Kumpulan pelajar senireka grafik telah di bimbing oleh Puan Wan Nurkhalisah bt Samsudin bersama Penyelaras Program AD111 Puan Anith Liyana Amin Nudin, manakala bagi kumpulan pelajar fotografi dibimbing oleh Puan Dona Lowi bt Madon bersama Penyelaras Program AD117 Puan Wan Ayuni bt Wan Mohd Zain.