UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 22 Ogos 2019 – Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Negeri Melaka 2019 telah diadakan di sekitar UiTM Kampus Jasin hari ini. Sebanyak 56 kumpulan yang melibatkan 163 murid daripada sekolah di negeri Melaka. Pelbagai kategori telah dipertandingkan iaitu Green Technology Show, Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Inovasi Tenaga Biojisim, Green Cooker Challenge, Explorace Teknologi Hijau dan Solar Vehicle Challenge.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan. 9 orang pensyarah FSKM telah terlibat sebagai juri dalam pelbagai kategori pertandingan tersebut.