UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 17 Januari 2020 - Telah berlangsung Mesyuarat Kempen ‘BR DuitNow @ Uni’ dan Program Sustainable Development Goals (SDG) usahasama UiTM Cawangan Melaka dan Bank Rakyat bertempat di Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.

Koordinator Keusahawanan, Puan Zunaidah Ab Hasan, Koordinator ICAN, Soo Yew Phong serta penyelaras PJI telah menghadiri mesyuarat tersebut. Turut hadir Encik Nizam Abu Samah, Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat bersama pegawai Nurul Adila Johadi, Nurmahirah Marudin dan Wan Ilaika Mohd Zakaria.