YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad oleh UiTM Melaka yang diwakili oleh En. Norazman Harun selaku Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Melaka dan Dato’ Mustafha Hj. Abdul Razak selaku Pengarah Urusan / Presiden Bank Kerjasama Rakyat.

Anugerah ini diberikan kepada Tan Sri demi menghargai sumbangan beliau terhadap kelestarian pendidikan negara, yang khususnya adalah anak negeri Melaka. Menurut Tan Sri, ini adalah anugerah yang keempat yang diterima daripada Melaka. Antara anugerah yang telah diperolehi sebelum ini ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan Anugerah Tokoh Melayu Cemerlang. Menurut beliau lagi, beliau telah berkhidmat lebih 44 tahun di UiTM dan antara jasa beliau ialah apabila mencadangkan UiTM ditubuhkan di setiap negeri untuk meningkatkan jumlah pelajar bumiputera. Beliau juga menekankan pentingnya aspek ilmu dan ekonomi untuk kemajuan sesebuah bangsa. Program ini turut dimeriahkan dengan nyanyian patriotik dan sajak yang berkaitan kemerdekaan.

Program diteruskan dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan 2 bas pelajar dan 40 bikers Bank Rakyat di Dataran Pahlawan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan menghias beca dan mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada orang awam.