Pesara tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM(Melaka) Kampus Bandaraya Dr. Ismadi Md Badarudin dan dihadiri oleh lebih 50 warga UiTM (Melaka) Kampus Bandaraya .Didalam ucapan beliau telah banyak berkongsi cerita dalam pengalaman beliau sepanjang bertugas sebagai polis bantuan diantaranya adalah ketika menjaga kolej terdapat kes kecurian dan lain-lain.Beliau juga banyak memberi nasihat serta tauladan yang baik boleh diikuiti oleh warga kampus.
Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan tayangan gambar beliau semasa penglibatan beliau bertugas sebagai polis bantuan di UiTM(Melaka) Kampus Bandaraya. Majlis tersebut juga dihadiri oleh isteri beliau Pn Mariyah Jantan (Penolong Pengurus Asrama Kolej Tun Mutahir) yang telah menyampaikan hadiah persaraan kepada beliau.