dari 22 Ogos sehingga 23 Ogos 2016 di UiTM (Melaka) Kampus Bandaraya dengan mempertengahkan lebih 90 kertas kajian dari peserta dari seluruh pelusuk negara terutamanya dari golongan pendidik di sekolah, universiti dan pusat latihan pendidikan.

Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj Md Yunos B. Husin yang telah merasmikan seminar dengan kehadiran lebih dari 200 peserta dan pelajar. Antara penceramah utama yang telah dijemput ke seminar adalah Prof. Madya Shameem Rafik-Galea dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia dan Dr. Mohamed Bin Abu Bakar dari Pusat Bahasa Inggeris Malaysia.