ALOR GAJAH, 4 Mei 2017: UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan dari Al Azhar Harapan Indah, Indonesia di dalam rangka lawatan ke Malaysia selama 4 hari. Pengunjung terdiri daripada 17 pelajar dan 3 orang guru. Antara pengisian lawatan tersebut ialah bermula dengan taklimat dari Unit Komunikasi Korporat yang disampaikan oleh Puan Aida Nur Kodri, ucapan aluan dari Rektor UiTM Cawangan MelakaProf Madya Sabariah Mahat dan sesi dialog antarabangsa. Program diteruskan dengan lawatan kampus yang bermula dari perpustakaan (sesi soal jawab) , kolej Tun Sabariah dan masjid Al Hikmah untuk solat. Rektor telah meluangkan masa bersama sepanjang program tersebut dijalankan.