Pengenalan PJI

RMU pada peringkat awal dikenali sebagai IRDC atau Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan yang ditubuhkan pada April 1980. Pada September 1987, selaras dengan peningkatan kepentingannya dalam penyelidikan dan perundingan di UiTM, ia kemudiannya distrukturkan semula dan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pusat Penyelidikan dan Perundingan (RACC), dan Unit Perancangan dan Penilaian. Pusat ini kemudiannya bertukar nama kepada Biro Penyelidikan dan Perundingan pada 1994 yang akhirnya ditukar menjadi Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) pada 15 Julai 2003. 

Pada Mac 2008, satu jawatan Timbalan Naib Canselor telah diwujudkan untuk mengambilalih portfolio harta intelek dan pengkomersilan. IRDC diamanahkan untuk memantapkan inovasi dan menambah kadar penyelidikan dan kemudiannya diterbitkan ke dalam jurnal yang berimpak tinggi. Pada 31 Julai 2008, IRDC telah diberi nama baru iaitu Institut Pengurusan Penyelidikan atau ‘Research Management Institute (RMI)’. Sehaluan dengan aspirasi UiTM untuk menjadi ‘Research University’, RMI akan membangunkan aktiviti-aktiviti inovasi dan penyelidikan baru.

Bahagian-bahagian di RMI mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam mengurus, memantau dan menjalankan penyelidikan sains dan teknologi, penyelidikan pengurusan dan sains social, perundingan, kewangan untuk perundingan, inovasi, penerbitan dan INFOREC (Information for Research and Consultancy). RMI juga menjalankan seminar, bengkel dan ‘roadshows’ untuk menggalakkan, memotivasi dan melatih para staf akademik dan bukan akademik dalam penyelidikan dan perundingan, mendapatkan geran penyelidikan dan projek, mengurus kewangan dengan baik, dan menerbitkan hasil penyelidikan secara bertanggungjawab dan beretika. RMI juga mengadakan pertandingan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta dalam persekitaran UiTM sendiri.

Timbalan Rektor Kampus (Penyelidikan Dan Jaringan Industri) ialah Prof. Madya Dr. Shafinar Binti Ismail

Visi

Menjadi pusat pengurusan yang unggul bagi penyelidikan, pembangunan, perundingan, dan penerbitan hasil penyelidikan yang bertaraf dunia.

Misi

Memperkayakan lagi kesarjanaan, keupayaan kreatif dan inovatif menerusi perkhidmatan berkualiti.

Objektif

  • Mempromosi penyelidikan bertaraf dunia.
  • Mengurus, menyelaras dan memberi perkhidmatan untuk kemajuan penyelidikan, perundingan dan penerbitan hasil penyelidikan.
  • Memberi bantuan dalam penerokaan bidang-bidang baru dan mengenalpasti bidang-bidang ”niche”.
  • Mewarwarkan maklumat dan memberi latihan dalam penyelidikan, perundingan dan penerbitan hasil penyelidikan.
  • Memastikan inovasi, penyelidikan berkualiti, perundingan dan penerbitan berjalan berterusan.
  • Memberi perkhidmatan berkaitan melalui teknologi terkini.
  • Membantu penerbitan hasil penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.