UiTM CM WALL

Collection of our news and event

9 Ogos 2018, Melaka - Satu mesyuarat khas sekolah-sekolah kluster telah di adakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 16 UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTMCM.

Pengetua, Guru besar serta penyelaras kluster dari tiga buah sekolah yang ditindikkan di bawah jalinan kluster hadir dalam mesyuarat ini. Sekolah-sekolah yang ditindikkan kepada UiTMCM adalah Sekolah Menengah Ghafar Baba, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Senggeh dan Sekolah Rendah Kebangsaan Brisu.

Pihak sekolah telah membentangkan program kolaborasi yang dijalankan bersama dengan UiTMCM sepanjang enam bulan pertama bagi tahun 2018 serta cadangan program daripada pihak sekolah bagi penggal kedua 2018 ini. 
Pengerusi sekolah kluster bagi UiTMCM, Pn Afidah Sapari juga telah menyelaraskan setiap cadangan program yang dibentangkan oleh pihak sekolah bagi memastikan keberkesanan objektif setiap program yang bakal dilaksanakan.

Pada mesyuarat ini juga, YBhg Rektor menerima kunjugan daripada Pengetua, Guru serta wakil PIBG daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Pihak sekolah ingin merencanakan satu usahasama dengan UiTMCM, menjadikan UiTMCM universiti angkat mereka. YBhg Rektor menyambut baik cadangan daripada pihak sekolah itu. Pembentangan yang dibuat oleh Pengetua merangkumi tiga aspek iatu pembangunan akademik dan modal insan para pelajar, latihan induksif kepada para guru dan kakitangan sekolah serta keceriaan kawasan sekolah. YBhg Rektor mencadangkan agar satu ‘document of understanding’ dibuat sebagai pemudahcara untuk merealisasikan program yang dirancang.