UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 29 Ogos 2018 - Seramai 88 orang pensyarah UiTM Cawangan Melaka menyertai Bengkel Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Unit Hal Ehwal Kurikulum & Pembangunan Akademik (UCAAD), Bahagian Hal Ehwal Akademik, bertempat di Dewan Kuliah 6, Kampus Alor Gajah semalam.

Sesi bengkel ini disampaikan oleh YBhg. Prof Dr. Mohd Mustafa B. Mohd Ghazali dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr. Ismadi bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, merasmikan bengkel ini pada sesi pagi. Semoga dapat memberi nilai tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada para pensyarah UiTMCM.