UiTM CM WALL

Collection of our news and event

UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018

JASIN, 8 September 2018: Kelab Catur dan Unit Sukan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama bersama Kelab Catur Melaka (KCM) dalam mengadakan UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018 yang diadakan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin Melaka pada 8 September 2018.

Menariknya, program ini terbuka kepada pelbagai kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun, pelajar- pelajar IPT serta kategori terbuka untuk semua peringkat umur. Sambutan daripada 200 peserta yang bukan sahaja terdiri dalam negeri Melaka, malah dari negeri Johor, Pahang dan juga Selangor .

Program ini dianjurkan bagi memupuk peserta untuk lebih bergiat aktif dalam menyertai kejohanan peringkat yang lebih tinggi. Ia juga dapat membuka mata golongan masa kini untuk menjadikan sukan chess sebagai platform utama bagi mengasah bakat. Program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan diiringi oleh Puan Sarimah Mohamed, Penolong Pegawai Sukan Kanan UiTM Kampus Jasin sewaktu majlis penutupan UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018.