UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 14 September 2018: Majlis Pehimpunan Bulanan Bil. 2 bagi tahun 2018 ini telah diadakan di Auditorium UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Majlis tersebut telah dimulai dengan bacaan ikrar yang telah diketuai oleh ASP/PB Zairul Hafiz Zainal. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Nor Aishah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Melaka. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian fail meja kepada penerima perlantikan baharu pentadbir akademik, penyampaian surat kenaikan pangkat, penyampaian cenderahati kepada pesara dan penyampaian sijil Employee of the Month. Akhir sekali, YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga UiTM Cawangan Melaka.