UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 29 September 2018: Karnival ICT & Matematik 2018 telah melabuh tirai pada hari ini. Karnival yang telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer & Matematik ini telah diadakan sejak 27 hingga 29 September 2018 dan berlangsung di sekitar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Pelbagai pertandingan dan acara yang telah diadakan sepanjang 3 hari tersebut, seperti pertandingan memancing, multimedia, pengaturcaraan (programming), mind your math, e-sport, built it, digital photography dan explorerace ICT. Selain itu, terdapat juga program berbentuk ceramah seperti seminar ICT dan bengkel kerjaya, ceramah teknologi & dakwah, bengkel dan pameran keselamatan data (hacking), dan ekspo keusahawanan. Karnival ini turut memenuhi tanggungjawab sosial (CSR) dengan berkerjasama dengan SEAMEO SEN mengadakan Larian Amal bersama Insan Istimewa (LAMBAI) yang telah melibatkan penyertaan daripada National Autism Society of Malaysia (NASOM). Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badaruddin di Auditorium UiTM Kampus Jasin. Turut hadir Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail dan Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini.