UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 18 Oktober 2018 - Seramai 11 orang pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah menyertai Program Speaker's Corner anjuran Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 bertempat di Anjung Siswa. Program ini merupakan inisiatif pertama pihak UiTM dalam melaksanakan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan 'Student Empowerment' dalam kalangan mahasiswa UiTM. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan platform bagi mahasiswa UiTM untuk menyuarakan pandangan dan harapan mereka terhadap pelbagai perkara terutama berkenaan permasalahan pelajar dan isu semasa.