UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 22 Ogos 2019 – Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Negeri Melaka 2019 telah diadakan di sekitar UiTM Kampus Jasin hari ini. Sebanyak 56 kumpulan yang melibatkan 163 murid daripada sekolah di negeri Melaka.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan iaitu:

1. Green Technology Show
2. Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau
3. Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau
4. Inovasi Tenaga Biojisim
5. Green Cooker Challenge
6. Explorace Teknologi Hijau
7. Solar Vehicle Challenge

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan. 9 orang pensyarah FSKM telah terlibat sebagai juri dalam pelbagai kategori pertandingan tersebut.

Majlis perasmian penutup telah dihadiri oleh:

1. Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

2. Tuan Haji Jamsari bin Mariman, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

3. Encik Zulkifli bin Baharom, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid

4. Dato’ Dr. Ts Mohd Nor Hajar Hasrol bin Jono, Penyelaras STEM UiTM Melaka, Kampus Jasin

5. Puan Paridah binti Omar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal

Terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Unit STEM, UiTM Cawangan Melaka telah terlibat sebagai urus setia program ini.