UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Bandung,24 Ogos 2019 -Telah berlangsung Program Pengantarabangsaan - Lawatan Teknikal di Universitas Pendidikan Indonesia. Seramai 20 Sukarelawan yang terdiri daripada Pegawai dan Mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM ) Cawangan Melaka Kampus Jasin dan Pensyarah dan Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) terlibat dalam misi khidmat masyarakat (CSR) yang diadakan di perkampungan Cikole, Lembang Indonesia. Program ini merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat sempena Program Pengantarabangsaan - Lawatan Teknikal di Universitas Pendidikan Indonesia baru-baru ini yang dianjurkan oleh Persatuan PALAPES dengan kerjasama startegik Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan Ibzura World Travel and Tours. Menurut Ketua Projek, Lt. Muda Nurul Azreena Binti Azman yang merupakan Presiden Palapes UiTM Jasin , program Pengantarabangsaan yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Palapes di luar Malaysia meliputi pelbagai aktiviti yang mengabungkan pelbagai elemen STEM selain daripada khidmat bakti di perkampungan Cikole. Program Pengantarabangsaan ini juga mendapat sokongan dan kerjasama dari Fakultas Ekonomi dan Pendidikan Bisnes dari Universitas Pendidikan Indonesia. Antara aktiviti sepanjang 20-25 ogos 2019 yang dijalankan adalah perkongsian pengetahuan mengenai aktiviti persatuan antara mahasiswa UiTM dan UPI, perkongsian projek pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM serta Fakultas Ekonomi dan Pendidikan Bisnes UPI, penerangan mengenai pembangunan dan pembelajaran robotik di UPI, seterusnya lawatan berinformasi ke Museum Angkatan Tentera Indonesia merupakan kali pertama dalam sejarah palapes UiTM Jasin dalam mengadakan lawatan yang berimpak tinggi seperti ini. Lawatan ini dapat memberi pengalaman, sejarah serta pengalaman para pegawai kadet palapes. Selain itu, para pegawai kadet dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai askar di Indonesia, semasa lawatan tersebut para pegawai kadet sempat bertemu ramah dengan beberapa anggota askar disana. Tambahan aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah Lawatan ke kebun tanaman tomato, sawi, strawberry dan salad, pemberian sumbangan prihatin kepada 110 buah keluarga yang terdiri daripada 4 perkampung di daerah Cikole, Lembang. Selain itu, Program bicara buku (story telling) kepada lebih 70 kanak-kanak.
Menurut Mohd Ismail Abidin, Penasihat Persatuan Palapes yang juga merupakan Pustakawan Kanan di PTAR Jasin, lebih Rm8000 diterima dari pelbagai individu bagi menjayakan projek khidmat bakti ini. Antara bentuk sumbangan prihatin yang disalurkan melalui sumbagan yang diterima kepada penduduk kampung terdiri daripada keperluan harian seperti beras, gula, garam, minyak masak, biskut dan lain-lain serta tudung, buku iqra, buku 7 surah pilihan, makanan dan minuman dan juga buku kanak-kanak bagi mengalakkan aktiviti membaca. Program Pengantarabangsaan kali ini juga sangat Istimewa kerana, sukarelawan dan delegasi UITMCM turut dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 di beberapa tempat di Bandung, Indonesia. Semoga program dan aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar dapat membantu golongan yang memerlukan.