UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 18 Oktober 2019 - Setinggi-tinggi Tahniah di Ucapkan kepada UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin atas Penganugerahan Anugerah Hijau Melaka dalam Kategori Pembudayaan Hijau (Perak) dan Inovasi Hijau (Gangsa) yang diadakan di Hotel Ramada Plaza , Melaka. Setinggi-tinggi penghargaan juga di tujukan kepada Rektor UiTM Cawangan Melaka Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor dan juga Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka Datuk Prof Madya Dr. Sabariah Mahat di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang memberikan kerjasama dan komitmen terutamanya kepada Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini dan selaku ketua ahli jawatankuasa iaitu Dr Abdul Rahman Hj Samion.