UiTM CM WALL

Collection of our news and event

PUTRAJAYA, 22 November 2019 - UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah berjaya menerima Anugerah Pensijilan Blue Ribbon Beyond yang telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia. Ini merupakan suatu kempen kesedaran tentang bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok. Majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2019 telah diadakan di Putrajaya Marriott Hotel pada 22 November 2019.

Kempen anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan individu, kumpulan, organisasi, agensi kerajaan terhadap pelaksanaan WHO FCTC kearah persekitaran bebas asap rokok.

Anugerah ini akan memberi dorongan yang lebih kepada semua warga kampus UiTM Jasin untuk menjadikan kawasan sekitar kampus sebagai kawasan Bebas Asap Rokok sesuai dengan kampus UiTM Jasin sebagai Kampus Hijau”.