UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 14 Julai 2017: Satu program perkongsian santai oleh YBhg. Prof Madya Sabariah Mahat telah dianjurkan oleh Biro Iqra' fakulti Perakaunan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwak Akademik (BHEA) dan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.

Program ini adalah sesi kedua selepas sesi pertama berjaya dijalankan pada 25 Mei yang lalu bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP) Fakulti Perakaunan, Encik Ahmad Daud bin Marsam. Bagi sesi kedua kali ini, YBhg. Rektor berkongsi dengan peserta bacaan beliau bertajuk Strategies for Success yang dikarang Suzanne Hazelton.

Bertemakan "Membudayakan Iqra' dan Ilmu", program ini turut dihadiri barisan MJPE, Ketua-ketua Bahagian, para pensyarah serta staf-staf sokongan. Program berakhir pada pukul 11.30 tengahari.