MELAKA, 28 Julai 2017- Unit Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menganjurkan program kesihatan 10,000 langkah menyusuri Sungai Melaka hingga ke Bukit St. Paul, Melaka.
Program tersebut telah berlangsung pada hari Jumaat yang lalu dan telah mendapat sambutan yang ramai dari kalangan warga UiTM Cawangan Melaka iaitu dari staf-staf pentadbiran, dan para pensyarah.
Turut serta memeriahkan program ini adalah Ybhg. Prof Madya Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka.