UiTM CM WALL

Collection of our news and event

KUALA LUMPUR, 5 September - Seramai 23 orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka membuat lawatan rasmi ke Mass Rapid Transit (MRT) Information Centre, Kuala Lumpur hari ini. Lawatan ini dilakukan sebagai salah satu pengisian bulan kemerdekaan / Hari Malaysia bagi melihat Projek MRT - sistem pengangkutan terbaru kebanggaan negara serta menimba pengetahuan sistem pengangkutan yang terkini dan tercanggih di negara ini.

Projek MRT ini merupakan sistem pengangkutan terbaharu diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi salah satu agenda dalam program transformasi negara. Lawatan ini sangat bernilai buat para peserta dalam memahami usaha dan aspirasi nasional (TN50) di mana ianya akan dikongsikan kepada pelajar-pelajar dalam usaha untuk memupuk rasa cinta pada tanah air.

Selain daripada menghargai pencapaian Malaysia dalam proses menjadi sebuah negara maju, lawatan ini dijalankan sebagai salah satu proses pembelajaran organisasi, tatacara tadbir urus dan pengoperasian sistem pengangkutan awam yang terkini. Semua peserta diberikan penerangan dan peluang menaiki MRT dari station MRT Kajang ke Station MRT Merdeka.

Menurut ketua delegasi UiTM CM, En. Nurazree Mahmud, hasil daripada lawatan ini memberikan pendedahan yang sangat baik kepada setiap peserta terutamanya di dalam aspek pengurusan sumber manusia, pengurusan strategik, penjenamaan dan pengantarabangsaan.

Sistem pengangkutan "intergrated" Bandar Malaysia akan dicapai apabila semua fasa pengangkutan awam bakal disatukan menjadi interconnected (LRT-MRT-Monorail-High Speed Rail). Diharap pencapaian yang membanggakan ini dapat memacu Malaysia menjadi dalam kalangan 20 negara maju menjelang tahun 2050.