AYER KEROH, 21 Sept. - Perasmian Sambutan Hari Wanita Kebangsaan di Melaka Mall, Ayer Keroh. Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir Hj Idris Hj Haron, Ketua Menteri Melaka.
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka menyertai program ini dengan mempamerkan produk-produk pembungkusan yang telah dinaiktaraf dengan rekaan kreatif bagi membantu usahawan-usahawan wanita negeri Melaka meningkatkan nilai serta menarik pengguna untuk membeli produk tersebut.
Turut bersama dalam perasmian adalah Prof Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM CM, Dr. Rani Diana Othman, Timbalan Rektor HEA, Dr. Azahar Harun, KPP FSSR, staf HEA dan pensyarah yang terlibat.