UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 9 Nov. 2017: Kunjungan hormat dan lawatan dari delegasi Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) UiTM Shah Alam ke UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka. Delegasi seramai 10 orang yang diketuai oleh Ketua Delegasi iaitu Prof Dr Ismail Ahmad. Lawatan bertujuan membincangkan mengenai penganjuran International Conference yang akan diadakan pada 25 dan 26 Julai 2018. Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBhg Datuk Prof Madya Sabariah Mahat turut hadir dalam majlis ini dan menyambut baik hasrat pihak AAGBS untuk menganjurkan persidangan ini di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka. Ini adalah merupakan penganjuran bersama pihak Institut Pengajian Siswazah (IPSIS) UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka.