UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Unit Kebudayaan & Kesenian, UiTM Cawangan Melaka (Kampus Alor Gajah) telah menjalankan Program Pertukaran Budaya ‘Kembara Budaya Nusantara 2018’ bertempat di  Institut Kesenian Jakarta (IKJ) Indonesia dan Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung, Indonesia pada 21 Februari 2018 – 24 Februari 2018.

Program ini merupakan kunjungan silaturahim di antara pelajar-pelajar serta bertukar-tukar idea dan ilmu pengetahuan seni budaya di antara Malaysia dan Indonesia. Pelajar juga turut membuat persembahan kebudayaan iaitu Tarian Dondang Sayang, Joget Melaka dan Joget Menanti Kasih.