UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 13 Mac 2018 - Bersempena dengan lawatan Pelajar Cemerlang Universitas Putra Indonesia (YPTK) Padang ke UiTM Cawangan Melaka, satu sesi simposium antarabangsa telah diadakan di Dewan Syura Al-Mizan, Kampus Alor Gajah.

Seramai 120 orang hadir di dalam simposium ini terdiri daripada delegasi Pelajar-pelajar Cemerlang UPI-YPTK Padang dan pelajar-pelajar kelab Youth Empowerment Society dan pelajar-pelajar UiTM Cawangan Melaka. Para peserta telah berpeluang berkongsi pendapat dan pengalaman melalui forum bertajuk “Cabaran dan Peluang sebagai Pelajar dalam Abad ke-21”.

Turut hadir adalah Prof. Dr. Sarjon Defit, Rektor YPTK Padang, Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, En. Ahmad Khairuman Md. Hashim, Timbalan Rektor HEP, serta pensyarah-pensyarah daripada UiTM dan YPTK.