UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JOHOR, 23-25 Mac 2018 - Projek Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke 32 dan ke 33 di Kampung Sungai Pulai Laut, Sungai Balang, Muar, Johor telah berlangsung. Projek ini adalah hasil kerjasama Rumah Ihsan Johor, Kelab Sukarelawan Ihsan Johor Rangers, UiTM Cawangan Melaka (UiTM CM), Kampus Bandaraya Melaka (KBM), Kolej Poly-Tech Mara, Batu Pahat, Johor dan Sayong Didik Sdn Bhd. Projek pembinaan ini cuma mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan sebuah rumah dengan kos sebanyak RM50,000. Seramai 18 orang pelajar UiTM CM, KBM terdiri daripada Majlis Perwakilan Komander Kesatria, Athene Squad (Batallion VII) dan pemimpin mahasiswa terlibat dalam menjayakan projek kesukarelawanan ini. Penyerahan kunci rumah telah disampaikan oleh YB Tuan Hj Ismail Mohamed (Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh).