UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Melaka, 28 Mac - Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Md. Rawi Bin Mahmud, Timbalan EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Bengkel ini dianjurkan selama 4 hari bermula pada 27 Mac hingga 30 Mac 2018 sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018 anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 114 orang cikgu dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Melaka. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang menjurus ke arah IR 4.0, pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran Pusat Sumber Sekolah dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik dan cemerlang. Turut hadir sama meraikan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Rashid Hj Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM, YBrs. Tuan Haji Nor Hashim Haji Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Zulkifli Hj Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, UiTM (Pengerusi Bersama), YBrs. Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka (Pengerusi Bersama) dan Dr Sharmila Mohamed Shuhidin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.