UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 4 April 2018 – Berlangsungnya Program Transformasi Budaya Kerja Cemerlang 2018 UiTM Cawangan Melaka anjuran Pejabat Pentadbiran, UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM). Seramai 100 orang staf kumpulan pelaksana daripada ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin telah terlibat sebagai peserta. Antara objektif program tersebut adalah untuk memantapkan diri staf UiTMCM melalui budaya kerja cemerlang dan pengurusan imej peribadi.Program tersebut juga menekankan beberapa elemen seperti nilai disiplin, integriti, aspek hubungan kerja, motivasi dan komunikasi antara staf. Melalui program ini juga staf dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai aspek organisasi yang berkesan secara tidak langsung dapat membantu staf berasa nilai kebersamaan antara mereka dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan.

Program tersebut telah berlangsung di Dewan Bendahara, Kampus Alor Gajah, UiTM Cawangan Melaka dan pada hari keduanya di Serama Adventure Park, Durian Tunggal, Melaka. Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Fazli Hisahak, Perunding Penjenamaan, melalui tajuk ceramah beliau “Jenama Diri, Perjalanan dan Perancangan Kerjaya “Comfort Zone’”, Dr. Ahmad Fadly Arham, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perniagaan dan Perniagaan, melalui tajuk ceramah beliau “Mencipta Bahagia dan Keseronokan Bekerja” dan Ustaz Mohd Najib Khasim, pensyarah, Universiti Multimedia, Melaka melalui tajuk ceramah beliau “Tenang Dengan Keberkatan Rezeki”.

Manakala aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Serama Adventure Park, Durian Tunggal adalah Zumba Mania, Explorace Challenge dan Talent Show. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir menjayakan majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Ahmad Fauzi Bin Mohamed, Pengerusi Eksekutif Serama Adventure, YBrs. Puan Nor Aishah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTMCM, YBrs. Encik Md Jasmin Bongkik, Timbalan Bendahari, UiTMCM, YBrs. Puan Hajah Zarina A Hassan, Pengarah Pengurusan Fasiliti & ICT, UiTMCM dan YBrs. Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Pustakawan Kanan, UiTMCM.