UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 13 April 2018 - Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Melaka (UiTM CM) telah menganjurkan satu program, Carnival of Accounting (C.A.T) 1.0 berimpak tinggi berbentuk karnival bermula pada 11 April dan tamat pada 12 April 2018 yang lalu. Program yang berlangsung selama dua hari ini merangkumi pelbagai aktiviti pelajar yang berunsur akademik, jasmani, motivasi, jaringan industri, intelek, profesional, kebudayaan, rohani dan spiritual. Program CAT 1.0 kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa organisasi dan persatuan lain seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), UiTM CM, dan persatuan Intellectual Students Association (INSAN) UiTM CM.

Perasmian C.A.T 1.0 telah disempurnakan pada 11 April 2018 oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah binti Hj Mahat. Turut hadir adalah YBrs. Prof. Madya Dr Ismadi Md. Badaruddin, Timbalan Rektor, Hal Ehwal Akademik UiTM CM, Ketua-ketua Pusat Pengajian, wakil-wakil dari industri seperti Bank Rakyat, Petronas dan Ernest & Young (EY), alumni fakulti, para pensyarah, para pelajar UiTM CM khususnya dari Fakulti Perakaunan UiTM CM.

Pada masa yang sama, satu pelancaran program waqaf peringkat UiTM CM juga telah berjaya dilaksanakan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar dan semua warga kampus berhubung aktiviti waqaf dan kepentingannya. Program ini juga melibatkan kerjasama daripada beberapa pusat pengajian seperti Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Program ini mendapat respon yang positif daripada pihak pengurusan UiTM CM, khususnya YBhg Rektor, dan beliau mengharapkan agar pihak pengurusan fakulti dapat meneruskan program seperti ini dan menjadikan ianya sebagai akttivi tahunan fakulti pada masa akan datang.