UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 17 April - Seramai 70 orang peserta terdiri daripada staf UiTM Cawangan Melaka (UiTM CM) dan penduduk-penduduk Kampung Bukit Pulau menyertai Program Library 10K CSR Walk anjuran Perpustakaan UiTM CM, dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Pulau dan Unit Kesihatan UiTM CM bertempat di Bukit Baru pagi ini.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengerusi Pembangunan Parlimen Hang Tuah Jaya, diikuti dengan sesi senamrobik, acara jalan kaki 10 Ribu Langkah, dan Program Goyong-Royong di rumah Pn. Maznah Jaafar. Majlis kemudiannya ditutup oleh Datuk Hj. Yunus Bin Hitam, Naib Pengerusi JAPERUN Dun Bukit Katil.

Datuk Prof Madya Sabariah juga hadir pada program ini mewakili UiTM CM menyampaikan sumbangan CSR rumah-rumah penduduk kampung yang memerlukan bantuan. Beliau di dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat, termasuk usaha keras yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan SWM Environment Sdn Bhd yang bertungkus lumus membantu membersihkan pokok-pokok dan memotong rumput-rumput di sekitar kampung.

Sejurus selepas itu Datuk Prof Madya Sabariah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peserta kuiz, cabutan bertuah. Turut hadir Pn.Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, En. Razak Bin Abu Hassan, Pengerusi GB4B (M) Kawasan Bukit Katil, En. Azahar Bin Mohd Karim, Pengerusi GB4B (M) Cawangan Bukit Pulau, En. Kamarulnizam Bin Yakob, Pengerusi JKKK Bukit Pulau bersama para Staf UiTM Cawangan Melaka dan penduduk Kampung Bukit Pulau.