UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MASJID TANAH, 21 April 2018 – Program Jalinan Mesra Penasihat Akademik bersama Mahasiswa/i MAC 110 2F, 2G dan 2H bertemakan “Motivasi, Ukhuwah, Riadah” telahpun diadakan di Pantai Padang Kemunting, Melaka. Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 90 orang warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Melaka yang terdiri daripada pelajar Diploma Perakaunan kumpulan 2F, 2G dan 2H bersama Pensyarah FPN selaku Penasihat Akademik kumpulan tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi pelajar bersama Penasihat Akademik masing-masing dan sukaneka. Program ini dilihat berhasil dalam meningkatkan motivasi pembelajaran dan memberi kesedaran kepada pelajar untuk bergraduat mengikut tempoh masa yang ditetapkan, mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim sesama pelajar dan Penasihat Akademik melalui aktiviti riadah dan meningkatkan interaksi antara Penasihat Akademik dan pelajar.

Penasihat Akademik yang terlibat adalah Puan Nor ‘Asyiqin binti Abu, Puan Rahayu binti Mohd Sehat, Cik Siti Aisyah binti Basri dan dibantu oleh Cik Rozaiha binti Ab Majid selaku ahli jawatankuasa pelaksana bagi program tersebut.