UiTM CM WALL

Collection of our news and event

DUYONG, 2 Mei 2018 - Majlis Pertukaran Pra Memorandum Persefahaman di antara UiTM Cawangan Melaka (UiTM CM) dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) oleh Datuk Prof Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM CM dan Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi ISMMA disaksikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris B. Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka bertempat di Balai Adat, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.

Seramai 40 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM CM telah dipilih sebagai anak angkat kepada ISMMA bagi program-program Seni Budaya dan Warisan di negeri Melaka. Dengan memorandum ini, FPHP dan ISMMA akan membuat program-program pertukaran idea, aktiviti-aktiviti kesenian, kebudayaan, dan warisan di Melaka.

Turut hadir Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badarudin, Timbalan Rektor HEA dan En. Ahmad Khairuman Md. Hasim, Timbalan Rektor HEP.