UiTM CM WALL

Collection of our news and event

AYER KEROH, 4 Mei 2018 - Satu Memorandum Persefahaman antara UiTM dan Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO SEN) diwujudkan bagi bertujuaan meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan berkaitan dengan keperluan pembelajaran pelajar kurang upaya. Memorandum persefahaman tersebut telah dijalin adalah kerana untuk mengangkat UiTM Cawangan Melaka sebagai hub pelajar OKU bagi UiTM zon selatan berikutan kemasukan pelajar OKU ke kampus cawangan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Majlis menandatangani memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan Dr. Safani Bari, Pemangku Pengarah SEAMEO SEN yang telah berlangsung di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka. Menurut Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat di dalam ucapan beliau, UiTM Cawangan Melaka secara proaktif nya mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama yang strategik untuk memajukan serta menyediakan pelbagai kemudahan khusus kepada pelajar OKU di UiTM Cawangan Melaka. Ini berikutan terdapat seramai 28 orang pelajar OKU di UiTM Cawangan Melaka dan dijangka bilangan ini akan meningkat apabila UiTM Cawangan Melaka telah diisytiharkan sebagai hub pelajar OKU UiTM zon selatan”. Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun.