UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 4 Mei 2018 - Seramai 260 pelajar Semester 3 Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118), 
Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka dan ahli Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka telah menyertai program ini bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di Dewan Bendahara, Kampus Alor Gajah.

Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 5 BM118 (MBM1185F & MBM1185G) diketuai oleh Wan Amirul b. Wan Zulmuni Hisam dan Puan Aida Nur Mohd Kodri sebagai Penasihat Program. Program yang dianjurkan oleh pelajar ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka, PEWANI UiTM Cawangan Melaka, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Melaka, Youth Empowerment Society (YES).

Objektif penganjuran adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memainkan peranan untuk memperkasa kemampuan diri dari pelbagai aspek dan bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan. Antara pengisian pogram adalah Segmen Forum Women Empowerment, Segmen What Women Can, pemeriksaan kesihatan, pameran dan Bazar Wanita, aktiviti jualan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof Madya Sabariah Haji Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir Encik Ommeri Ormawi, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Melaka, Puan Roszie Amir, Pengasas Querenda (Proudly Feminine) dan Prof. Madya Shahariah bt. Osman, Pengerusi Persatuan Wanita UiTM Cawangan Melaka (PEWANI).