UiTM CM WALL

Collection of our news and event

BANGI, 12 Oktober 2018 - Seramai 8 orang pelajar terdiri daripada Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Persatuan BSMM bersama Encik Wan Mohd Faizul Adnan Wan Yahya selaku pegawai pengiring telah mengadakan lawatan penandaarasan ke BSMM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Rombongan telah disambut oleh Dr. Mohd Azman Abas (Ketua Pusat Kesihatan) selaku pengerusi persatuan, para pegawai dan pelajar BSMM UKM. Seterusnya rombongan dibawa melawat Pusat Kesatria UKM di mana sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Pusat, Prof. Madya Dr. Norinsan Kamil Othman.

Lawatan diakhiri dengan melawat bilik rawatan di kolej-kolej kediaman dan bilik gerakan persatuan. Lawatan penandaarasan pada kali ini telah berjaya mencapai sasaran objektif dalam usaha memantapkan pengurusan dan organisasi persatuan disamping mengeratkan ukhwah di antara kedua belah pihak untuk terus bekerjasama dalam pelbagai peringkat di masa akan datang.