UiTM CM WALL

Collection of our news and event

PUNCAK ALAM, 16 Oktober 2018 - Telah berlangsung upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Universiti Teknologi MARA diwakili Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) sempena Program Hari Produktivity@UiTM bertempat di FPP, Puncak Alam semalam.

Upacara MoU sebentar tadi ditandatangani oleh Prof Madya Dr Siti Halijjah Sharif, Dekan FPP dan Ab Rahim Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah MPC disaksikan Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC dan Prof Dr Hj Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM mewakili Naib Canselor.

Sebanyak 13 anugerah productivity champion (Practitioner) telah diberikan oleh MPC sempena program ini. Kesemua penerima-penerima merupakan daripada pemain industri manakala Dr. Ahmad Fadhly Arham, UiTM Cawangan Melaka dan En. Ibrahim Zakaria dari UiTM Cawangan Kelantan. Turut hadir Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTM CM dan Prof. Dato' Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Inisiatif MoU ini merupakan hasil dari pelbagai kerjasama yang telah diusahakan dan dijalankan oleh FPP, UiTMCM selama ini. Kerjasama antara MPC dan UiTM bertujuan melonjakkan agenda produktiviti di kalangan warga dan pelajar UiTM.