UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 16 Oktober 2018 – Seramai lebih 250 pelajar dan pensyarah dari pelbagai fakulti serta dan staf UiTM Cawangan Melaka telah mengikuti Program Seni Situ Sana Sini (4S) yang dianjurkan dengan meriah dan jayanya. Program ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka dengan kerjasama UiTM Cawangan Melaka yang diuruskan oleh Unit Kebudayaan & Kesenian dan turut dibantu oleh Jawatankuasa Pelajar dari Persatuan Kebudayaan dan Kesenian yang bertempat di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Program ini telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka, Datuk Prof. Madya Sabariah binti Haji Mahat. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Melaka - Encik Zulkarnain bin Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar - Encik Ahmad Khairuman bin Md Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik - Prof. Madya Dr. Ismadi bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri - Prof. Madya Dr. Syafinar binti Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan - Puan Nor Aisyah Binti Haji Husain dan Pengarah Pejabat Fasiliti & ICT - Puan Hajah Zarina binti Hasan.

Program 4S ini telah menampilkan selebriti TV dan Radio, Fara Fauzana sebagai Panel Santai Bicara dengan Topik ‘BROADCAST : Seni Penyiaran Pemikiran Di Luar Kotak’. Fara Fauzana telah berkongsi idea dan pengalaman beliau di dalam bidang penyiaran yang telah menarik minat pelajar untuk kekal lama mengikuti program sehingga selesai. Ternyata pelajar-pelajar yang rata-rata dari Fakulti Komunikasi & Pengajian Media ini begitu kagum dengan perkongsian tersebut.

Acara lain yang turut dijalankan adalah Tayangan Filem Pendek dan Sesi Bersama Alumni Kebudayaan UiTM Cawangan Melaka, Puteri Syafirahelmee binti Katiman dari Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA).