UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 9 November 2018 – Telah berlangsung Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris bagi Pegawai Kanan Polis Kontinjen Melaka yang diadakan di Bilik Seminar UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Dato’ Sun Teoh Tia dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis Kontinjen Melaka dan enam orang pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir ialah Pn Sumarni Maulan, selaku Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka.

Kursus Bahasa Inggeris yang diberi nama Communicative English Course atau CEC2018 dianjurkan dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah berlangsung dari 5 hingga 9 November 2018. Seramai enam orang pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Melaka terlibat sebagai tenaga pengajar sepanjang empat hari kursus diadakan. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan penguasaan asas Bahasa Inggeris komunikasi professional dengan penggunaan bahasa yang tepat dan berkesan dan meningkatkan kebolehan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengantara antara rakan sekerja dan orang awam.