UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 13 November 2018 - Telah berlangsung Program Perkampungan Pemantapan Bahasa Melayu di bawah jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Dewan Shahbandar, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah petang tadi.

Program ini telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Brisu, Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kerjasama Jawatankuasa Sekolah Kluster UiTM Cawangan Melaka. Turut serta dalam program ini adalah para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Ayer Pak Abbas, Sekolah Kebangsaan Taboh Naning, Sekolah Kebangsaan Sg Siput dan Sekolah Kebangsaan Lendu.

Seramai 40 pelajar tahap satu & dua telah menyertai perkampungan ini dengan objektif memperkasakan ilmu dalam bidang sajak, pantun dan sketsa pendek. Alumni UiTMCM, En Adzren Adnan telah memberi taklimat berkaitan skop objektif.

Majlis telah dirasmikan oleh YBerusaha Prof Madya Dr Ismadi bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTMCM. Turut hadir Pn Norizan bt Muhamad, Guru Besar SK Brisu dan Pn Afidah bt Sapari, Pengerusi Sekolah Kluster Kecemerlangan UiTMCM.